• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Roberto Carlos, Eric Cantona Beraksi Di Langkawi

oleh
28/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminat sukan bola sepak pantai negara bakal berpeluang melihat aksi dua bekas bintang bola sepak antarabangsa, Roberto Carlos dan Eric Cantona pada ‘Langkawi International Beach Soccer Tournament 2019’ (LIBS 2019) yang julung kali diadakan pada 24-28 Ogos depan.

Kejohanan melibatkan kelab dari Sepanyol, Itali, Perancis, Bahrain atau Iran, Australia, Thailand, Indonesia dan Malaysia selaku tuan rumah menawarkan hadiah tempat pertama sebanyak AS$10,000 (RM41,245), kedua AS$5,000 (RM20,622) dan ketiga AS$3,000 (RM12,373).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata kehadiran bekas atlet antarabangsa mampu menarik kehadiran ramai pengunjung sekaligus memberi impak kepada industri pelancongan di pulau ini.

Katanya kerajaan negeri dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyokong penuh setiap acara sukan yang mampu melonjakkan nama pulau bebas cukai ini.

“Kerajaan Kedah mengharapkan pelancongan menjadi industri utama seterusnya memberikan pulangan kepada negeri. Sebab itu kita mahu fokus kepada industri pelancongan ini supaya memberi impak ekonomi besar kepada rakyat.

“Tiga acara yang saya umumkan tadi dijangka akan menarik jumlah kehadiran pelancong yang besar dari dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media majlis pelancaran serentak tiga kejohanan antarabangsa dalam kalendar pelancongan sukan Langkawi iaitu LIBS 2019, 16th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2019 (13-19 Feb) dan edisi keempat Tuba Trail Run (20 April).

Mengulas mengenai 16th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2019, Mohd Asmirul berkata seramai 325 pelayar dari 20 buah negara telah mendaftar menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Kelibang.

“Antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Hong Kong, China, Bahrain, Kuwait, Thailand, India, Filipina, Indonesia dan Singapura,” katanya.

Mengenai larian Tuba Trail pula, beliau berkata edisi keempat kejohanan tersebut melibatkan lebih seribu peserta dalam tiga kategori iaitu 30 kilometer, 15 kilometer dan empat kilometer. – BERNAMA

Tags: eric cantonaRoberto Carlossola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Carlos Yakin Brazil Mampu Juara Piala Dunia Di Rusia

23/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas bintang pertahanan Brazil, Roberto Carlos amat yakin negara gergasi bola sepak itu mampu menjulang Piala Dunia...

Barisan Jurulatih Wibawa, Kunci Utama Perbaiki Ranking

23/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia FIFA, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mendapatkan khidmat barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd