• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.3 Bilion Perkasa Usahawan Wanita Pada 2018

oleh
30/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion dalam 10 program keusahawanan wanita pada tahun lepas untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata program itu menyediakan latihan intensif dalam keusahawanan, sokongan eksport dan bantuan kewangan kepada usahawan wanita.

“Program ini telah memberi manfaat kepada 364,052 penerima perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam ucaptama pada ASEAN-Japan Women Entrepreneurs’ Linkage Programme (AJWELP) pada Selasa.

Beliau berkata di Malaysia, perniagaan milik wanita membentuk 20.6 peratus daripada 907,065 jumlah PKS di Malaysia.

“Ini jauh lebih rendah daripada perniagaan milik lelaki dan daripada jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus wanita dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Mengenai AJWELP, Wan Azizah berkata program tersebut akan mencapai kejayaan yang besar dalam memperkasakan wanita di ASEAN berikutan ia kini dalam tahun ketiga berturut-turut pelaksanaannya.

Dianggarkan sebanyak 61.3 juta usahawan wanita memiliki dan mengendalikan perniagaan di ASEAN, menyumbang 9.8 peratus daripada jumlah penduduk ASEAN.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta dalam ucapan berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“PKS perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan sebanyak 41 peratus kepada KDNK,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan melihat kepada bidang dan sektor baharu untuk mencapai sasaran sumbangan PKS sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020.

“Kami akan membawa perusahaan dan usahawan baharu, terutamanya usahawan wanita dan kumpulan B40,” katanya.

Mohd Hatta berkata hubungan antara PKS dan syarikat besar masih lemah, dengan PKS tidak mendapat manfaat berikutan mereka membuat pembelian daripada syarikat.

“Kita perlu mengubah keadaan, dan kita memerlukan syarikat yang lebih besar membeli daripada PKS tempatan, menyokong mereka dan akhirnya mencapai sasaran 41 peratus menjelang 2020,” katanya. – BERNAMA

Tags: usahawanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd