Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Beri Kuasa Kepada Peguam...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno memohon kerajaan memberi kuasa kepada Peguam Negara...

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan...

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa...

Tun M Mahu Raih...

JITRA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mengeluarkan kenyataan...

Pergaduhan Dalaman PAS Punca...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dipukul oleh individu...

Reriang Mungkin Punca Pokok Petai Menangis

KEJADIAN aneh pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Sering di Kota Bharu, Kelantan yang tular di media sosial baru-baru ini, mungkin berpunca daripada serangga reriang.

Demikian kata seorang pemanjat pokok, Tan Syamsul Tuan Kechik, 31, yang telah cuba memanjat pokok petai setinggi 30 meter itu untuk mencari kepastian punca kejadian.

Dia yang juga penduduk kampung di situ telah memanjat pokok petai itu dan menemui serangga berkenaan dalam jumlah banyak, yang membuatkan beliau yakin kejadian pelik itu berpunca daripada serangga tersebut.

“Sebaik saya cuba memanjat pokok berkenaan tiba-tiba sahaja reriang berterbangan dari batang pokok tersebut. Ia sesuatu yang aneh kerana sebelum ini serangga ini tidak kelihatan mungkin kerana warnanya sama dengan batang pokok.

“Bagaimanapun, penduduk kampung berharap agar pihak berkaitan dapat menjalankan siasatan ataupun kajian berhubung perkara tersebut agar ia dapat disahkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Tinjauan Bernama malam tadi turut menemui serangga itu berterbangan dari pokok petai itu ketika Tan Syamsul cuba memanjat pokok tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Roziah Abdullah, 30, terkilan dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang mempersendakan kejadian yang berlaku di kampung tersebut sejak minggu lepas.


“Sebagai orang biasa, kami memang tidak tahu punca fenomena ini berlaku kerana ini adalah kali pertama berlaku di kampung ini.

“Pada masa sama, tiada sebarang perkara syirik dilakukan kerana kebanyakan penduduk yang datang hanya mahu melihat sahaja dan tidak pernah mempercayai pokok ini mampu menyembuhkan penyakit tertentu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik sebagai menyeru masyarakat di negeri ini agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.

Beliau turut dilaporkan sebagai berkata apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi sekali gus boleh merosakan akidah umat Islam. – BERNAMA

Kategori