• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RAM Turunkan Unjuran Inflasi 2019 Kepada 2%

oleh
24/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menurunkan unjuran inflasi keseluruhannya bagi 2019 kepada 2 peratus daripada 2.7 peratus diunjurkan sebelum ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, agensi penarafan kredit itu berkata semakan semula itu disebabkan perubahan jangkaan mengenai harga minyak mentah global, yang menunjukkan kepada julat purata yang lebih rendah sebanyak AS$60 hingga AS$65 setong bagi tahun ini.

“Analisis kami menunjukkan untuk setiap AS$5 setong bergerak dalam harga minyak mentah Brent, inflasi secara keseluruhan mempunyai potensi perubahan 0.3 mata peratusan,” katanya.

Sementara itu, RAM Ratings turut menjangka inflasi negara naik kepada 0.3 peratus pada Disember 2018 daripada 0.2 peratus pada bulan sebelumnya berikutan tekanan deflasi daripada komponen bahan api pengangkutan.

“Harga minyak RON95 merosot 3.3 peratus tahun ke tahun pada Disember 2018, susulan penurunan sebanyak 4.5 peratus pada November.

“Oleh itu, inflasi secara keseluruhan dijangka sebanyak satu peratus pada 2018,” katanya.

Mengenai impak daripada Mekanisme Harga Automatik (APM) mingguan bagi harga minyak yang dilaksanakan semula bulan ini, RAM Ratings berkata APM dijangka tidak memberi tekanan yang ketara ke atas inflasi dalam jangka masa pendek.

Katanya APM akan dilaksanakan menjelang mekanisme subsidi bahan api yang dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

“Selain itu, harga minyak mentah global turut dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding pada permulaan tahun ini,” katanya.

RAM Ratings berkata jika harga minyak mentah naik melebihi RM2.20 seliter, ia akan menyebabkan penggunaan subsidi untuk mengekalkan harga siling, yang kemudiannya melibatkan tekanan inflasi. – BERNAMA

Tags: InflasiRAM Ratings
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan...

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd