• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Akan Hadapi Masa Sukar Pada 2019 – Najib

oleh
01/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KEADAAN ekonomi semakin lemah, kos sara hidup semakin meningkat dan terpaksa juga menerima hakikat pahit bahawa banyak janji manis yang tidak akan ditunaikan oleh kerajaan.”

Itu antara gambaran awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap liku-liku yang perlu dihadapi rakyat pada tahun 2019 di bawah pemerintahan rejim kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya menerusi satu catatan Facebook, tahun ini dilihat bakal memberi cabaran dan mengakibatkan rakyat menempuhi kesukaran, terutama kegawatan ekonomi yang akan memberi kesan kepada kehidupan seharian.

“Saya telah bertemu dengan ramai dari seluruh negara dan mendengar sendiri rasa ketidakpuasan, kemarahan dan kekecewaan daripada segenap lapisan rakyat.

“Ramai yang mengatakan mereka kini menyedari bahawa mereka terpedaya dengan pelbagai propaganda politik dari PH dan mereka hanya dapat melihat realitinya selepas kerajaan BN jatuh,” katannya dalam nada kesal.

Pada masa sama, Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, tahun ini juga dilihat memberi cabaran peribadi buat beliau, terutama membabitkan isu perbicaraan mahkamah.

“Saya akan membersihkan nama saya di mahkamah atas pelbagai tuduhan yang telah dilemparkan oleh kerajaan PH terhadap saya.

“Jika diberikan perbicaraan yang adil, saya dan peguam yakin saya akan berjaya,” kata Ahli Parlimen Pekan tersebut. – Agensi

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd