• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Cameron Highlands: 2 Pusat Mengundi Awal Dibuka

oleh
22/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 247 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang terdiri daripada anggota polis dijangka keluar mengundi hari ini di dua pusat pengundian yang dibuka tepat pukul lapan pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata daripada jumlah itu seramai 232 orang mengundi di bilik maklumat, Balai Polis Berinchang di Tanah Rata bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang dibuka sehingga pukul 5 petang ini.

Sementara itu, bagi DUN Jelai seramai 15 lagi pengundi awal akan mengundi di bilik maklumat, Balai Polis Sungai Koyan sebelum pusat pengundian itu ditutup pada pukul 2 petang.

Proses pengundian awal akan disaksikan oleh ejen-ejen calon bertanding selain pemerhati Pilihan Raya daripada wakil-wakil organisasi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR.

Selepas selesai proses pengundian peti-peti undi awal akan disimpan di balai polis sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah untuk penjumlahan rasmi pada hari pengundian 26 Januari ini.

Pada PRK kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.

PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) M.Manogaran, Ramli Mohd Nor dari BN serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib serta petani tempatan Wong Seng Yee.

Pilihan raya itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan C Sivarraajh daripada BN dalam PRU ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

PRK ini adalah yang kelima setelah PRU lalu dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah melibatkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson. – BERNAMA

Tags: mengundiPRK Cameron Highlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap dan aktivis, Caprice berpandangan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd