• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brexit: PM Britain Terselamat Undi Tidak Percaya

oleh
17/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGA… Theresa May terselamat daripada undi tidak percaya, sehari selepas Parlimen Britain tolak rundingan beliau dengan Kesatuan Eropah (EU) berkaitan Brexit bagi penarikan daripada blok itu.

Dalam undian di Parlimen hari ini, beliau menang tipis apabila peroleh 325 undi berbanding 306 yang sokong undi tidak percaya diusulkan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, yang pada awalnya menggesa May meletak jawatan.

Kemenangan Perdanan Menteri Britain itu sudah dijangkakan berikutan beliau mendapat sokongan penuh daripada anggota partinya sendiri, selain sokongan parti kecil – Northern Irish Democratic Unionist Party (DUP).

“Saya gembira kerana Parlimen telah menyatakan keyakinan kepada kerajaan ini. Kerajaan saya akan terus bekerja untuk meningkatkan kemakmuran, menjamin keselamatan dan mengukuhkan kesatuan,” katanya.

Dengan kemenangan itu, May perlu menyusun langkah seterusnya, tatkala tarikh akhir Brexit ialah pada 29 Mac ini.

Beliau juga menyatakan Parti Buruh belum berbincang dengannya mengenai Brexit, dan menggesa semua ahli politik mengetepikan kepentingan peribadi dalam isu itu.

Terdahulu, May yang tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal namun berkata langkah itu adalah perkara buruk yang boleh dilakukan kerajaannya.

“Saya percaya (pilihan raya) adalah perkara buruk yang kita boleh lakukan. Ia akan menjarakkan kita lagi sedangkan kita memerlukan perpaduan.

“Ia akan membawa kekacauan tatkala kita memerlukan kepastian, dan ia akan membawa kelewatan ketika kita perlu bergerak ke hadapan,” katanya.

Pilihan lain yang boleh diambil ialah mengadakan pungutan suara kali kedua, mengadakan perbincangan sekali lagi dengan EU atau menarik diri daripada EU tanpa apa-apa perjanjian.

May berikrar untuk bekerjasama dengan ahli politik kanan bagi mencari jalan kompromi mengelakkan Brexit tanpa perjanjian atau mengadakan pungutan suara kali kedua. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: brexitBritaintheresa may
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd