CANGGIH… Sekumpulan saintis yakin ‘pil kenyang’ akan tembusi pasaran dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia akan bantu jutaan orang yang alami masalah berat badan berlebihan.
Kapsul tersebut mampu kurangkan nafsu makan, dengan buat seseorang berfikir bahawa mereka sudah berasa kenyang. Ia sudahpun diuji dalam makmal selama lebih empat tahun tetapi saintis sedang ujinya terhadap manusia.
Jika berkesan, mereka mendakwa bahawa ia berpotensi jadi ‘senjata ampuh’ atasi krisis berat badan berlebihan pada peringkat global. Seramai 40 peserta yang berusia antara 18 hingga 75 tahun dipilih oleh para ahli sains berkenaan.
Ujian dibuat di Universiti Queen Mary London. Bagi fasa pertama melibatkan 20 peserta yang alami berat badan berlebihan, ujian dijalankan bagi memastikan pil tersebut berkesan untuk mengurangkan nafsu makan.
Di samping itu, ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Menurut Daily Mail, para peserta ini tidak pernah menjalani sebarang pembedahan usus atau pengambilan ubat-ubatan bagi penyakit kencing manis jenis 2.
Fasa kedua, sekitar 18 bulan kemudian, akan menguji kemujaraban pengurangan berat badan jangka panjang baki 20 peserta yang gemuk atau dalam senarai tunggu pembedahan pintasan gastrik.
Kapsul tersebut, yang diambil sebelum waktu makan, mengandungi campuran minyak semula jadi, meskipun bahan-bahan lain tidak didedahkan atas syarat-syarat paten.
Pil itu akan memastikan pelengkap makanan sampai ke bahagian bawah usus tanpa melalui usus kecil, lalu menyebabkan pengeluaran hormon seperti insuli yang mengurangkan nafsu makan. – Agensi/Mynewshub.TV