• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFA Akur Jika Geran Tahunan Diguna Bayar Gaji Pemain

oleh
17/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) akan akur jika pengurusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menggunakan geran tahunan yang diperuntukkan kepadanya untuk membayar gaji 27 pemain musim 2018 yang tertunggak.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata beliau masih mempunyai masa sehingga awal Mac ini untuk menjelaskan gaji tertunggak semua pemain terbabit berjumlah RM460,000.

Sebelum ini MFL menetapkan syarat PFA hendaklah melunaskan gaji tertunggak itu dalam tempoh 60 hari atau geran tahunan yang diperuntukkan kepada pasukan Singa Utara itu akan digunakan bagi melangsaikan hutang kepada para pemain.

Syarat itu ditetapkan oleh MFL bagi membolehkan Perlis beraksi dalam Liga Perdana tahun ini.

“Kita akan mengadakan pertemuan semula dengan semua pemain terbabit dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji itu,” kata Ahmad Amizal Shaifit di Kuala Lumpur semasa dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Amizal berkata beliau baru memegang jawatan kira-kira tiga bulan dan perlu membetulkan banyak perkara terutama memantapkan pengurusan pasukan dan pemilihan pemain.

“Saya harap tidak dituduh cuba lepas tangan atau lari daripada membayar gaji mereka. Saya rasa terkilan dengan pemain-pemain yang buat kenyataan media seolah-olah ini semua salah saya dan bukan salah pengurusan terdahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Singa Utara II, Hamizar Hamzah berkata 18 pemain Piala FAM 2018 ditawarkan kontrak untuk bermain bersama pasukan itu namun hanya tiga daripada keseluruhan 35 pemain yang telah dipilih menghadiri latihan pada 2 Jan lepas.

“Justeru, latihan persiapan pramusim terpaksa dianjak kepada 9 Jan namun kehadiran sangat hambar menyebabkan PFA membuat keputusan memilih pemain baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamizar berkata pasukan itu dibentuk bagi menghadapi saingan Piala FAM dan Liga M3 yang dijadualkan bermula Mac depan. – BERNAMA

Tags: bola sepakmflPFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd