Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

TUDM Hentikan Semua Operasi...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata helikopter Nuri milik...

Rumah & Kereta Hangus...

SEREMBAN – Sebuah rumah dan kira-kira empat buah kereta serta dua buah kepala lori yang berada di...

Video: ‘Alahai Orang Macam...

BERANG menunggu terlalu lama untuk dapat rawatan, seorang lelaki mula hilang sabar dan...

“Buat Apa Saya Nak...

TINDAKAN pelakon, Fikry Ibrahim mengaburkan rambut Uqasha Senrose pada salah sebuah gambar yang...

Pemimpin Tertua Dan Termuda Di Dunia Bertemu

VIENNA – Pertemuan dua hala Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz di Federal Chancellery di sini hari ini, mencipta sejarah sebagai pertemuan antara pemimpin tertua dan termuda di dunia.

Mahathir merupakan Perdana Menteri tertua dunia pada usia 93 tahun ketika ini selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei tahun lalu.

Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003.

Dalam pada itu, Kurz kini berusia 32 tahun, menjadi pemimpin dunia termuda selepas parti konservatif, Parti Rakyat Austria (OVP), yang dipimpinnya, memenangi Pilihan Raya Parlimen negara itu tahun lalu.

Mahathir kini mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Austria untuk menghadiri dua forum antirasuah iaitu Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) serta menyampaikan syarahan di International Anti Corruption Academy (IACA). – BERNAMA

Kategori