• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyimpan Mohon Besar Terlupa Nama Raja Perlis

oleh
01/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT Malaysia yang menonton siaran langsung upacara lafaz sumpah pegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdebar.

Insiden tersebut berlaku apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara kebetulan pula terlupa nama penuh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pagi tadi.

Syed Danial dilaporkan terlupa nama penuh Raja Perlis ketika beliau menyebut senarai nama saksi-saksi selain Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Berdasarkan rakaman siaran langsung menerusi siaran televisyen tempatan, Sultan Selangor dilihat cuba bantu Syed Danial untuk perbetulkan kembali sebutannya.

Syed Danial meneruskan upacara tanpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin, sebaliknya beliau hanya menggunakan “Raja Perlis” sebagai mewakili Baginda.

Selepas itu, beliau memohon maaf sembah ampun secara terbuka selepas Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar selesai membacakan doa.

“Patik hamba Allah dengan harapan yang paling tinggi memohon agar patik tidak dimurkai kerana teralpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Raja Perlis.

“Patik mohon ampun dan dirgahayu Majlis Raja-Raja tuanku,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Penyimpan Mohor Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri 15 Jun

14/06/2018
0

PUTRAJAYA – Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 15 Jun ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor...

Majlis Raja-Raja Tempelak Tohmahan KP SPRM

23/05/2018
0

BIDAS... Dakwaan liar Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull konon pihak Majlis Raja-Raja tidak mahu bertindak mengenai isu 1 Malaysia Development...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd