Sample Page Title

PUTRAJAYA – Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 15 Jun ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman khas rasmi mengenai tarikh permulaan 1 Syawal 1439 Hijrah tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018,” kata beliau lagi.

Berdasarkan pengumuman berkenaan, umat Islam di negara ini hanya berpuasa Ramadan selama 29 hari sahaja malah tarikh Aidilfitri itu turut dirayakan serentak dengan jiran, Singapura dan Brunei.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara penetapan tarikh berkenaan adalah berdasarkan kepada rukyah (melihat anak bulan) serta hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). – Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...