• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan Akaun Kerajaan Pada 21 Disember

oleh
08/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penutupan akaun kerajaan pada 2018 buat pertama kalinya dibuat lebih lewat iaitu pada 21 Disember berbanding kaedah biasa pada 15 November bagi memastikan fungsi kerajaan tidak terhenti terlalu lama sebelum memasuki tahun baharu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, penutupan akaun kerajaan pada bulan November yang diamalkan terdahulu menyukarkan urusan kerajaan berikutan pembayaran tidak boleh dibuat dalam tempoh lebih sebulan.

“Sungguhpun buat kali pertama kita tutup (akaun) pada 21 Dis, kita bersyukur baki masih ‘surplus’ (lebihan), tiada defisit.

“Ini menunjukkan pengurusan kewangan yang baik berdasarkan cekap, amanah dan telus (CAT) dan itu menunjukkan sistem yang mengikut aturcara dan prinsip perakaunan yang diterima di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar, di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, amalan menutup akaun pada bulan November seperti diamalkan kerajaan terdahulu adalah tidak profesional dan dibuat untuk tujuan politik.

“Untuk tunjukkan akaun cantik, cepat-cepat tutup akaun. Tetapi sebulan setengah kerajaan tidak berfungsi dan ini sangat tidak bertangunggjawab,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Engmenteri kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd