• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga ‘Bundle’ Temui Wang Tunai 550,000 Yen

oleh
15/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.

Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.

Wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai peniaga bundle, Wan Mohamad Adam. – Foto Ihsan Wan Mohamad Adam

Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu beg duit bersama satu kot.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya. – BH Online

Tags: Bundlepeniagayen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd