Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter daripada...

Ibu Tergamak Bakar Bayi...

SEORANG ibu muda tergamak membakar bayinya sendiri di tengah-tengah jalan yang sunyi.Kejadian malang tersebut dilaporkan...

Jururawat Jadi Perhatian Selepas...

PRIHATIN... Sikap tanggungjawab seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan mendapat perhatian orang...

Khai Bahar, Siti Nordiana...

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi...

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Hukuman Ke Atas Fahmi Reza

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat ke atas pereka grafik Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin kerana memuat naik imej karikatur menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Facebooknya pada 2016.

Timbalan pendakwa raya, Zaki Asyraf Zubir memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa pihak pendakwaan telah memfail notis pemberhentian rayuannya pada 28 Dis tahun lepas, dan dengan itu memohon rayuan itu dibatalkan.

Peguam Louis Liaw yang mewakili Mohd Fahmi Reza tidak membantah penarikan balik rayuan itu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mempengerusikan panel bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berikutan itu membatalkan rayuat tersebut.

Pihak pendakwaan sebelum ini memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 November 2018 yang mengetepikan hukuman penjara selama sebulan ke atas Mohd Fahmi Reza dan mengurangkan dendanya dari RM30,000 ke RM10,000 selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman itu.

Mahkamah Tinggi di Ipoh, bagaimanapun mengekalkan sabitannya atas tuduhan mengirim karikaktur tersebut, yang menampilkan Najib sebagai seorang badut bersama logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 8 Februari, 2016.

Mohd. Fahmi Reza didakwa menyalah guna kemudahan rangkaian fasiliti dengan mereka komunikasi bersifat menghina dengan niat mengganggu orang lain menerusi akuan Facebooknya, “Fahmi Reza”.


Kiriman itu dikatakan dibaca di alamat, Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang di sini pada 2.40 petang hari yang sama.

Pada 20 Februari tahun lepas, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM30,000 ke atas Mohd Fahmi Reza selepas mendapatinya bersalah atas tuduhan itu.

Selepas prosiding itu, Liaw memberitahu pemberita rayuan Mohd Fahmi Reza terhadap sabitannya masih berjalan dan Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh pendengaran.

Mohd Fahmi Reza hadir di mahkamah. – BERNAMA

Kategori