• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENGKU Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar pada Selasa dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas.

Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Al-Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang yang berlangsung penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pemasyhuran itu meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Pahang era moden.

Istiadat pemasyhuran bermula apabila Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah membacakan Surat Pengisytiharan Pelantikan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia berbunyi: “Beta sultan dan pemerintah negeri atas kuasa yang diberikan kepada Beta di bawah Fasa 1, Perkara 12 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang Bahagian Pertama dengan ini melantik dan memasyhurkan permaisuri Beta iaitu Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang berkuat kuasa pada 22 Januari 2019 bersamaan 16 Jamadil Awal 1440 Hijrah.”

Surat Pengisytiharan Pelantikan itu kemudian dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah di atas singgahsana Diraja sebelum Tunku Azizah berangkat bangun dari kerusi tempat bersemayam di kerusi diraja lalu mengadap merafak sembah untuk menerima Surat Pengisytiharan Pelantikan berkenaan.

Tunku Azizah dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986 dan mempunyai empat putera dan lima puteri.

Gelaran Tengku Ampuan Pahang khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Sebelum baginda, Tengku Ampuan Pahang yang pertama ialah Tengku Ampuan Fatimah Tun Muhammad yang merupakan permaisuri Sultan Pahang I, Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah diikuti Tengku Ampuan Besar Meriam binti Sultan Abu Bakar Johor (permaisuri Sultan Pahang II, Sultan Mahmud).

Tengku Ampuan Pahang seterusnya ialah Tengku Ampuan Besar Fatimah Sultan Alang Iskandar Shah (permaisuri Sultan Pahang IV, Sultan Abu Bakar Ri’a­yatuddin Al-Mu’adzam Shah) dan Tengku Ampuan Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad (permaisuri Sultan Pahang V, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah).

Permaisuri Sultan Pahang III, Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah tidak dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang kerana bukan berdarah raja.

Gelaran Sultanah Kalsom (permaisuri Sultan Ahmad Shah) dicipta hanya untuk baginda dan tiada dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang. – BERNAMA

Tags: Tengku Ampuan PahangTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling...

Bubur Lambuk Tunku Azizah Untuk Petugas Barisan Hadapan

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd