TOLAK… Perdana Menteri Britain mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah apabila Perjanjian Pengunduran Brexit dipersetujuinya ditolak majoriti daripada 230 Anggota Parlimen negara itu.
Berpuluh-puluh wakil rakyat dari Parti Konservatif bersama-sama dengan para anggota parti lain di dewan rendah menolak keras perjanjian yang dipersetujui oleh Theresa May dengan Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini.
Tahap kegagalan yang dialami beliau malahan jauh lebih teruk daripada apa yang dijangkakan oleh para pegawai kerajaan Britain sendiri, menurut laporan berita pelbagai stesen penyiaran tempatan hari ini.
Sementara itu jurucakap EU pula dilaporkan berkata bahawa besar kemungkinan blok tersebut akan menyebabkan pengunduran Britain berlaku tanpa sebarang pemeteraian perjanjian rasmi.
Para pemimpin EU kini menyerahkannya kepada kerajaan Britain untuk mendapatkan kata putus yang kukuh mengenai apakah yang diinginkan daripada perjanjian Brexit. – Agensi/Mynewshub.TV

