• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norjuma Bakal Berdepan Saman Fitnah

oleh
27/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed berdepan satu saman fitnah daripada Fame Up Entertainment berhubung penyebaran sebuah video fitnah sekitar Mac tahun lalu.

Dalam video fitnah tersebut, plaintif iaitu Pengarah Urusan Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 39, didakwa memiliki sebuah video skandal seks melibatkan dua individu kenamaan negara.

“Saya difitnah oleh defendan (Norjuma dan seorang individu lain) memiliki sebuah video seks kononnya melibatkan dua orang kenamaan tempatan.

“Disebabkan fitnah tersebut, reputasi dan nama baik syarikat saya terjejas,” kata Zuriawati dalam sidang akhbar di ibu negara semalam.

Sehubungan itu, plaintif yang diwakili peguam Azlan Abdul Razak daripada Azlan Shah & Partners, telah pun memfailkan writ saman pada Selasa lalu di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan balas daripada Norjuma tidak berjaya. – K! ONLINE

Tags: Norjuma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

26/07/2024
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal menghadirkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd