• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Huda Minta Maaf Isu Kedai Makan Hambar

oleh
15/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berang dengan dakwaan seorang netizen tentang gerai makan miliknya, Waroeng Isabella yang disifatkan hambar, Nabila Huda dilaporkan memohon maaf tetapi atas isu keterlanjuran katanya.

Walaupun pada mula kecewa apabila gerai makan kepunyaannya diburukkan menerusi sosial media atas alasan servis lambat dan dilabel indah khabar daripada rupa, aktres itu tetap membuat permohonan maaf.

“Saya minta maaf dengan kelemahan servis tidak seperti jangkaan. Saya akan cuba perbaiki. Saya minta maaf kerana pelanggan yang berdepan pengalaman buruk ketika datang ke kedai makan milik saya.

“Dari semua yang datang. Dua pertiga sahaja yang berdepan masalah,” tulis pelakon filem Munafik itu atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 34, menerusi kicauan akaun sosial Twitter.

Terdahulu, Nabila berang apabila seorang pengguna Twitter mendakwa kedai makan miliknya sebagai hambar apabila terpaksa menunggu agak lama sebelum dijamu.

“Makanan Waroeng Isabella hambar. Tunggu dua jam, tapi biasa (mediocre). Pengalaman saya di sana sangat buruk,” ujar pengguna Twitter berkenaan.

Nabila kemudian membalas: “Hambar ke? Ikan gurami ini punya besar harga RM15 kata hambar. Jangkaan anda bagaimana? Ikan Gurami itu terbang terus ke meja apabila sudah dibayar?

“Anda harap ada orang suapkan ikan itu,” getus Nabila yang kecewa apabila orang menyamakan servis gerai makan miliknya itu dengan restoran mewah.

Disebabkan komen tersebut, Nabila menerima kecaman daripada kebanyakan netizen yang melabelnya sebagai tidak profesional dalam menjalankan perniagaan berkaitan perkhidmatan luar makanan dan minuman.

Waroeng Isabella diusahakan Nabila bersama suaminya, Mohd. Izwan Johar yang dibuka di Rasta TTDI Kuala Lumpur. Antara menu dijual di gerai itu ialah Nasi Ikan Gurami dan Ayam Taliwang. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Nabila Huda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“PU Syed, Datang Jumpa Saya” – Nabila

05/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nabila Huda, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media...

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd