• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri 4 Pemimpin Besar UMNO Duduk Berbincang

oleh
16/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA dibincang mereka berempat ini? Itulah yang terlintas di fikiran apabila lihat sekeping gambar dimuat naik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter beliau, malam tadi.

Foto eksklusif ini turut dimuat naik bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO itu dalam akaun sosial Facebook beliau lewat semalam yang tular tarik perhatian sehingga terima lebih 18,000 tanda suka.

Persoalan itu timbul kerana tiga lagi individu yang sedang duduk semeja dengan beliau ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pada ketika ini menjalankan tugas-tugas Presiden, dan tidak ketinggalan turut serta ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Apa yang lebih menarik, berserta dengan gambar tersebut, Najib pula sekadar menulis ayat cukup ringkas tetapi agak dalam maksudnya: “Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara.”

Beliau bagaimanapun tidak dedah di manakah dan bilakah perbincangan itu diadakan tetapi pada kelaziman, Najib akan memasukkan bahan dalam akaun media sosial miliknya sejurus tamat program.

Tidak pasti apa perancangan empat pemimpin itu. Namun berdasarkan daripada tulisan Najib itu, sudah tentunya berkaitan dengan survival UMNO serta massa depan orang Melayu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd