• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjidil Al-Aqsa Dikepung Polis Israel

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka selepas dikepung polis Israel selama beberapa jam semalam, berikutan pertelingkahan antara pengawal keselamatan dan pentadbir masjid berkenaan dengan polis rejim Zionis.

Kejadian bermula awal pagi semalam, apabila seorang polis Israel mahu memasuki kawasan masjid berkenaan tanpa kebenaran.

“Pengawal meminta polis berkenaan menanggalkan kippah (ketayap dipakai penganut Yahudi) sebelum memasuki masjid namun polis itu enggan, sebaliknya cuba merempuh masuk.

“Berikutan itu pengawal menutup masjid,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Agama Baitulmaqdis, Firas al-Dibs.

Aj Jazeera melaporkan, Dibs berkata, polis Israel melakukan pemeriksaan rutin setiap pagi namun apabila anggota terbabit enggan menanggalkan kippah, beliau mengesyaki polis itu mahu melakukan ibadat Yahudi dalam masjid.

Orang bukan Islam dibenarkan melawat Masjidil Al-Aqsa pada waktu tertentu tetapi tidak boleh bersembahyang di situ.

Berikutan itu, sepasukan polis Israel tiba dan mengepung kawasan masjid berkenaan.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, tidak lama selepas Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka menjelang solat Zuhur, lima penduduk Palestin, termasuk tiga pengawal keselamatan masjid ditahan polis Israel.

Menurut laporan agensi berita Wafa, ketika pertelingkahan itu, polis Israel turut mengasari Pengarah Masjidil Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, yang kemudian dihantar ke hospital.

Umat Islam, terutama penduduk Palestin bimbang Israel merampas Masjidil Al-Aqsa bagi membina Kuil Ketiga. Aktivis kuil berkenaan mendakwa bersembahyang dalam kawasan Masjidil Al-Aqsa adalah langkah pertama bagi mencapai tujuan membina Kuil Ketiga. – Agensi

Tags: Al-AqsaIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd