• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malu Besar’ Salah Tarikh Temuduga Dengan Microsoft

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis telah membuatkan dirinya nampak sedikit bodoh selepas tersalah tarikh temuduga dengan syarikat gergasi, Microsoft.

Baru-baru ini, Laura Maclean membuat posting di Twitter, memaparkan beberapa emel antara dirinya dan wakil di Microsoft yang membincangkan tentang tarikh temuduga pekerjaan baharunya yang dijadualkan dibuat melalui Skype.

Maclean menceritakan bagaimana dia telah bersiap sedia dengan komputernya untuk menerima panggilan Skype yang ditunggu-tunggu, tetapi curiga apabila dia tidak dihubungi.

Bingung menunggu, dia menghantar emel kepada Microsoft, yang kemudian memberitahunya bahawa tarikh temuduga itu adalah pada 18 Februari.

Bagaimanapun, Maclean membalas emel tersebut, memberitahu mereka bahawa ‘hari ini adalah 18 Februari’ dan dia sedang menunggu panggilan mereka.

Tidak lama kemudian dia menerima emel lain dari Microsoft yang memberitahunya bahawa tarikh pada hari itu adalah 18 Januari, bukan 18 Februari seperti yang disangka.

Dalam tweetnya yang menerima lebih dari 35,000 retweet dan 180,000 tanda suka, Maclean berkongsi paparan skrin emel-emel tersebut, dengan kapsyen: “Dah siap sedia berpakaian untuk temuduga besar melalui skype dengan Microsoft dan ini yang berlaku. Mungkin perkara bodoh terbesar di planet ini hahahahaha jika anda tak gelak anda akan menangis.” – MetroUK

Tags: Microsofttemuduga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

31/07/2024
0

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

02/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang 2025, kata Pengerusi dan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd