Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Disangka ‘Makhluk Jadian’, Harimau...

MALANG nasib seekor harimau Sumatera apabila dibunuh secara kejam di sebuah perkampungan di...

STPM 2014: Prestasi Keseluruhan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 menyaksikan peningkatan pencapaian...

Miss Filipina Dakwa 2...

MANILA - Ratu cantik Filipina, Ruffa Gutierrez mendakwa dua anak perempuannya diganggu oleh...

Wanita Live Tweet, Jiran...

PASTINYA menjengkelkan sekiranya kita berhadapan situasi di mana kita terpaksa mendengar rintihan dan...

Malangnya Malaysia, Semuanya Mahu Di-Barat-kan

“HANYA kerana mahu nilai antarabangsa, jati diri dan identiti tergadai. Malang sungguh Malaysia, semua mahu di-Putih atau di-Baratkan, kononnya jika letak nama Melayu tidak ke mana-mana.”

Demikian sindir pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu iklan hidangan stik babi dalam majalah Malaysia Airlines, Going Places, edisi Januari 2019, yang didakwa tidak jaga sensitiviti umat Islam.

Walaupun syarikat penerbangan milik kerajaan itu sudah tampil memohon maaf secara terbuka, tetapi ujar beliau, isu promosi makanan babi ini sudah lama diperkatakan oleh pelbagai pihak dan ia bukannya perkara baharu.

“Kenapa tidak belajar daripada negara jiran seperti Thailand. Majalah penerbangan Thai Airways, Sawasdee sangat kental identiti dan jati dirinya. Sebaliknya, kita korbankan jati diri negara kerana mahu kejar tahap ‘international’.

“Masuk sahaja ke dalam Thai Airways sudah rasa macam berada di negara Siam. Mereka alu-alukan kita dengan ucapan Sawasdee. bukan macam penerbangan tambang murah kita, sudahlah pakaian pramugarinya sangat seksi.

“Ucapan salam atau bismillah dan alhamdulillah, sebagai tanda kesyukuran langsung tidak didengari,” kata Ridhuan Tee sambil meminta semua majalah syarikat penerbangan negara menilai kembali isi kandungan yang dipaparkan.

“Pernah suatu ketika saya tegur melalui majalah Firefly kerana pengarang yang tulis rencana mengenai Aidilfitri adalah bukan Islam. Cara artikel ditulis memperlihatkan pengarang langsung tidak faham apa itu Hari Raya Puasa.


“Pada golongan bukan Muslim, sambutan hari raya tersebut adalah acara pesta-pestaaan. Mereka langsung tidak tahu bahawa perayaan Hari Raya Puasa itu sendiri adalah bentuk ibadat umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee turut memohon pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyemak semua majalah penerbangan dalam negara, terutama perkara yang berkaitan isu Islam dan sensitiviti masyarakat Muslim.

“Saya tertanya-tanya, bila lagi hendak guna bahasa Melayu dalam majalah mereka. Saya lihat hampir 100 peratus bahasa Inggeris. Jika adapun dalam bahasa Melayu, cuma terselit semuka dua. Paling kurang buatlah dwi bahasa.

“Barulah nama rakyat Malaysia,” kata Ridhuan Tee dalam nada kesal apabila ulas kandungan majalah terbabit tidak daulat bahasa kebangsaan hanya keran mahu kelihatan bersifat antarabangsa. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori