• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maklum Balik Kampung Kepada Polis Menerusi VSP

oleh
28/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina boleh memaklumkan kepada bilik gerakan polis di setiap daerah untuk pemantauan menerusi sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, sistem itu akan dihubungkan ke semua bilik gerakan polis daerah dan kontinjen.

“Melalui maklumat yang diberikan di VSP itu membolehkan polis membuat pemantauan dan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping bagi menggantikan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Polis Mohamad Taib yang bersara wajib pada 29 Januari ini.

Razarudin turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, cukup tidur serta memandu dengan baik agar tiba di destinasi dengan selamat.

Sementara itu, beliau berkata, polis akan mengadakan Ops Selamat peringkat negeri bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di kawasan Rehat dan Rawat (R(amp)R) Bukit Gantang, Taiping pada 1 Februari ini.

“Melalui ops itu kita akan senaraikan ‘kawasan panas’ yang berbahaya ketika memandu di jalan raya di negeri ini,” katanya dan menambah kenderaan berat juga tidak dibenarkan berada di lebuh raya pada 2 hingga 5 Februari ini. – BERNAMA

Tags: Tahun baharu CinaVSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd