• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkah `Diserang’ Ribuan Cengkerik

oleh
09/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.

RIBUAN cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat. – Foto Twitter

“Kami mengambil semua langkah yang ada untuk mempercepatkan proses membasmi serangan itu bagi keselamatan dan keselesaan tetamu Allah,” katanya.

Pihak berkuasa itu turut menyiarkan gambar dan video pekerja menyembur racun serangga di sistem kumbahan serta longkang di sekeliling Masjidil Haram.

Masjidil Haram adalah lokasi utama bagi jutaan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Kejadian itu bukanlah sesuatu yang baharu dan Arab Saudi sebelum ini sering berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang. – Agensi

Tags: cengkerikMakkah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd