• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Sah 3 Ditahan Sebab Hina Bekas Agong

oleh
09/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Polis telah menahan tiga individu semalam bagi bantu siasatan kenyataan berbaur hinaan terhadap keputusan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi kenyataan hari ini berkata, ketiga-tiga individu tersebut yang ditahan ialah Eric Liew Chee Ling, 46; Azham Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26.

“Pemilik akaun Facebook, Eric Liew dan dua akaun Twitter masing-masing milik @azhamakhtar serta @aliaastaman yang telah ditahan susulan daripada pihak polis menerima beberapa laporan.

“Ia berhubung tindakan mereka yang memuat naik komen berunsur hinaan menerusi media sosial milik mereka berkenaan. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi turut menasithatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dengam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat provokatif.

“Kenyataan seperti memanipulasi juga harus dielak lebih-lebih lagi mengenai isu perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini,” tegasnya.

Media hari ini melaporkan pasangan suami isteri, Azham Akhtar dan Nur Alia digantung tugas oleh majikan masing-masing ekoran hantaran serta komen di laman Twitter yang kecam keputusan Sultan Muhammad V letak jawatan.

Majikan Eric Liew, Cisco ASEAN juga memaklumkan bahawa dia tidak lagi bekerja dengan syarikat itu dan menyatakan kenyataan dibuat atas kapasiti peribadi bukan mewakili pandangan mereka. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ketua Polis NegaraYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd