• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal Latih Atlet Renang

oleh
29/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa melupakan perancangan mereka selepas pembawa bendera Poland di Sukan Olimpik Athens 2004, Bartlomiej Kizierowski mengubah fikirannya.

Awalnya, Kizierowski yang pelantikannya diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan ASUM minggu lalu, dijangka tiba di Bukit Jalil selepas sambutan Tahun Baru Cina, minggu depan.

Namun, ia tidak menjadi kenyataan selepas Kizierowski yang berpengalaman melatih skuad renang Sepanyol dalam muat naik status Facebook miliknya mengesahkan keputusan untuk tidak menerima pelawaan ASUM, atas alasan polisi Malaysia berhubung larangan atlet Israel memasuki negara ini.

“Semalam (23 Januari) saya menerima tawaran menarik untuk menjadi jurulatih renang Malaysia. Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaru dibuat ahli politik Malaysia berhubung tindakan tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya,” katanya.

Kizierowski, 41, pernah beraksi di empat Sukan Olimpik berturut-turut bermula daripada edisi 1996, sebelum menukar karier ke dalam bidang kejurulatihan.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Sepanyol, sebelum ditawarkan posisi selaku jurulatih skuad renang kebangsaan bagi menggantikan Paul Birmingham yang meninggalkan ASUM selepas lebih 10 tahun di sini.

Difahamkan, Setiausaha Agung ASUM, Mae Chan turut terkejut dengan keputusan mengejut Kizierowski itu.

Ini bermakna, badan induk itu mungkin terpaksa membuat rombakan dengan menaikkan pangkat Chris Martin yang awalnya akan dibawa masuk sebagai jurulatih pembangunan kepada posisi utama selaku ketua jurulatih skuad senior.

Terdahulu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Ahad lalu memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini. – myMetro Online

Tags: Bartlomiej KizierowskiIsraelRenang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tentukan Tarikh Tetap Untuk Bubar Parlimen, DUN

Next Post

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku Mahkota

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

28/04/2025
0

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza. Ia berikutan apabila puluhan negara...

Next Post

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku Mahkota

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd