• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Mampu Bayar Jika ECRL Diteruskan

oleh
29/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan jika memutuskan untuk membatalkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak sebesar berbanding jumlah hutang jika projek rel itu diteruskan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kerajaan akan menanggung hutang besar selama 30 tahun jika projek ECRL diteruskan, katanya.

“Pampasan yang tinggi itu tidak sebesar jumlah yang akan kita bawa selama 30 tahun akan datang,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan perlu membayar pampasan besar jika projek ECRL bernilai RM81 bilion dibatalkan.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Antirasuah Kebangsaan (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

“Kita dibebani hutang yang sangat berat. Kita tidak boleh bayar, jadi kita perlu mengurangkan beberapa perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya, bukan kerana kita tidak mahu menghormati kontrak, tetapi kita tidak boleh membayar kerana kontrak-kontrak ini boleh menelan belanja lebih daripada RM100 bilion, dan akan memudaratkan kita.

“Kami memahami kebimbangan pihak yang terlibat, bukannya kami mahu mengecewakan atau membatalkan kontrak. Kedudukan kewangan kini benar-benar ketat,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan kerajaan terhadap projek itu, Mahathir berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memberikan penjelasan mengenainya.

Sambil mengakui bahawa beberapa menteri telah membuat kenyataan sebelum ini, Mahathir ketika menjawab soalan mengenai pernyataan bercanggah yang dibuat oleh menteri membabitkan projek ECRL, berkata: “Beberapa kesilapan dibuat dan akan diperbetul.”

Pada Sabtu (26 Januari), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek RM81 bilion dengan CCC Ltd. itu, dan pada hari berikutnya (27 Januari), Guan Eng berkata, Kabinet akan membuat pengumuman rasmi minggu ini terhadap projek ECRL yang disokong oleh China. – BERNAMA

Tags: ECRLMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd