• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Definisikan Perkataan, Perbuatan Dianggap Menghina Agong

oleh
10/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mendefinisikan perkataan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina institusi diraja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas isu penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V, beliau berkata definisi sebenar perbuatan atau perkataan menghina itu perlu untuk penguatkuasaan pada masa akan datang.

“Pada masa ini pihak penguat kuasa tidak faham apa yang dianggap sebagai menghina, jadi kita perlu ‘spell out’ (nyatakan) apa perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini Khamis.

Ditanya mengenai undang-undang baharu yang akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina, seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong pada Khamis, Dr. Mahathir secara ringkas berkata kerajaan akan melihat definisi menghina yang lebih tepat.

Penahanan tiga individu terbabit semalam bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan di media sosial berkaitan isu Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, mendapat kritikan pihak-pihak tertentu.

Dr. Mahathir berkata Malaysia kini mengamalkan kebebasan bersuara di mana individu yang bercakap perkara yang berfakta tidak boleh disalahkan.

“Sebaliknya kalau kita tutup mulut semua orang sehingga apabila jenayah berlaku pun kita tak boleh sebut, akan berlaku ketidakadilan dalam negara kita,” katanya.

Ditanya mengenai agendanya menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene yang dijadualkan petang ini, Dr Mahathir berkata: “Saya nak jumpa Baginda, itu saja.”

Sebuah akhbar tempatan yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri melaporkan Sultan Johor berkenan untuk menerima Dr Mahathir menghadap dan ia merupakan yang pertama kali sejak beliau menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ditanya sama ada pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu akan dibincangkan semasa menghadap Sultan Ibrahim, sumber itu memberitahu terdapat banyak perkara yang perlu dimaklumkan dalam pertemuan tersebut. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd