• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Trump Letak Jawatan, Jadi Berita Washington Post

oleh
17/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIBUAN naskhah akhbar palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletak jawatan telah diedarkan secara meluas di ibu negara itu.

Laporan berita anti Trump memenuhi setiap ruang akhbar berkenaan bertarikh 1 Mei 2019.

Bukan sahaja untuk edisi akhbar, malahan laman web media berkenaan – my-washingtonpost.com juga dipenuhi dengan pelbagai berita mengenai pemimpin negara itu.

“Donald Trump telah meninggalkan Rumah Putih dan letak jawatan sebagai presiden. Tiada kenyataan rasmi dibuat, namun empat pegawai Rumah Putih dakwa mereka menemui sapu tangan.

“Ia berada di meja presiden dengan mesej berbunyi: “Letakkan kesalahan pada Hillary dan Hfior dan media baharu yang palsu.”

Kenyataan itu juga menjadi tajuk utama berita menerusi laman web akhbar berkenaan. Bagaimanapun tidak jelas maksud sebenar Hfior kerana ia mungkin juga masalah ejaan bagi pihak presiden.

Laporan itu juga menyebut Trump meninggalkan Washington untuk ke Yalta, pusat peranginan Crimea di mana pertemuan pemimpin ketika Perang Dunia Ke-2 diadakan.

Susulan itu, Jabatan Perhubungan Awam Washington Post mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai edisi palsu media berkenaan yang diedarkan di bandar raya ibu kota tersebut.

Malahan, pihaknya juga sedar adanya usaha untuk menghasilkan akhbar berkenaan secara tidak sah dan berkata: “Tiada pengeluaran awal Washington Post yang dibuat dan kami sedang menyiasat perkara ini.”

Setakat ini, penulis Onnesha Roychoudhuri, L.A.Kauffman dan kumpulan aktivis The Yes Men mendakwa bertanggungjawab terhadap pengedaran akhbar palsu dan laman web berkenaan. – wwww.news.com

Tags: Amerika Syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd