• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Elektronik Punca American Airlines Terbakar

oleh
08/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO – Kebakaran dalam penerbangan American Airlines Jumaat lalu berlaku kerana sebatang rokok elektronik yang menjadi terlampau panas sejurus selepas pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare.

USA Today memetik jurucakap Ross Feinstein sebagai berkata semalam, kebakaran kecil itu berjaya dipadamkan kru pesawat yang sememangnya terlatih mengendalikan insiden diakibatkan bateri berkuasa tinggi.

American Airlines turut mengeluarkan kenyataan kepada Newsweek yang berkata, tiada penumpang atau kru pesawat tercedera dalam kejadian itu.

“Sejurus selepas mendarat di Chicago, Penerbangan 168 dari Las Vegas itu mengalami kebakaran kecil berpunca dari rokok elektronik milik seorang penumpang.

“Kru kami segera memadamkan kebakaran itu dan pesawat ditunda ke bahagian pintu masuk,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat penerbangan terbabit amat bersyukur kerana kru pesawat bertindak pantas menangani keadaan berkenaan demi memastikan keselamatan penumpang.

Pengurusan Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat membenarkan rokok elektronik dan peralatan ‘vape’ dibawa menaiki penerbangan tetapi tidak membenarkan ia dimuatkan di dalam kargo.

Pada Julai tahun lalu, pesawat milik Air China terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas paras oksigen menurun secara mendadak akibat tindakan juruterbang menutup sistem pengaliran udara bagi membendung asap dihasilkan rokok elektronik miliknya.

Pihak berkuasa China kemudian menarik semula lesen kru kokpit yang terbabit dalam kejadian itu manakala syarikat penerbangan berkenaan didenda sebanyak 50,000 yuan (RM30,005). – Agensi

Tags: american airlinesrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

24/02/2023
0

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd