• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Ditemui Lemas

oleh
06/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Pasangan suami isteri yang hilang dipercayai terjatuh daripada bot ke laut ditemui lemas di perairan Kuala Perlis di sini, kira-kira 4.50 petang Sabtu.

Mayat Muhamad Zaini Panjang Karim, 55, dan isterinya Azizah Yatim, 49, ditemui terapung oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurut kenyataan agensi itu, pasangan nelayan tersebut ke laut pada 6 pagi dan tidak pulang tengah hari Sabtu, menyebabkan anggota keluarga mereka membuat laporan kepada APMM.

“Pasukan APMM menemui bot mereka dengan enjin masih hidup di perairan Pulau Dayang Bunting berdekatan Langkawi,” menurut kenyataan itu.

Mayat pasangan itu kemudian dibawa ke pelantar jeti Kastam pada 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd