• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Saranan Wajib Sekolah Hingga Tamat SPM

oleh
27/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN sedang mengkaji semula Akta Pendidikan negara untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata ibubapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.

Beliau berkata Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.

“Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Penidikan Daerah Kulai, Ahad.

Nie Ching berkata program tersebut adalah lanjutan dari program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan sejak Julai 2018.

Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi sesuatu keluarga yang menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri sesi persekolahan.

“Mungkin dengan cara ini (Ziarah Cakna) kita dapat berjumpa ibu-bapa dan memahami masalah mereka.

“Ibu-bapa yang tidak mendaftarkan anak untuk bersekolah pada umur tujuh tahun, kita boleh ambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa dengan cara ini, guru-guru dan pemimpin tempatan dapat turun melawat ibu-bapa di rumah dan memahami masalah dihadapi mereka dan merangka tindakan yang boleh diambil,” kata Nie Ching.

Tambahnya, kementeriannya juga boleh mengenalpasti bantuan yang perlu disalurkan kepada ibu-bapa ini sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Namun, menurut Teo, terdapat juga ibubapa yang tidak bertangungjawab dan tidak memikirkan masa depan anak mereka sendiri.

Sementara itu, katanya kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kembali sistem pengasingan kelas bagi murid-murid sekolah.

Menurutnya, Ujian Kemasukan Tahun Satu telahpun dimansuhkan kerana kerajaan percaya ia adalah terlalu awal untuk melabel murid-murid sekolah, seawal usia tujuh tahun.

“Kita harap kita dapat beri peluang yang sama kepada anak-anak ini. Dan di Finland, walaupun tanpa sistem pengasingan kelas, sistem pendidikan mereka adalah yang paling cemerlang dan jurang di antara murid-murid sekolah adalah yang paling kecil.

“Saya rasa ini yang patut kita pelajari kerana kita nak elakkan situasi di mana sejak awal lagi murid ini diberikan label,” jelasnya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan turut berazam untuk membangunkan murid-murid yang mempunyai karektor dan sahsiah terpuji dan bukan sekadar cemerlang dari sudut akademik. – BERNAMA

Tags: SekolahSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd