• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Akta Baharu Sekat Rasuah Biaya Dana Politik

oleh
29/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang kaji kemungkinan untuk perkenalkan akta baharu demi sekat aktiviti rasuah menerusi pembiayaan dana politik, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata parti-parti politik memerlukan dana untuk beroperasi kerana kos untuk terlibat dalam politik kian meningkat saban masa.

“Ini masalah besar kerana parti-parti politik memerlukan dana kerana tanpa dana yang cukup ia tidak boleh berfungsi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Antirasuah Naional (NACP) 2019-2023 di Putrajaya hari ini.

Pelaksanaan pelan NACP dibuat berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Pelan berkenaan mengandungi 115 inisiatif antirasuah merangkumi sektor politik: perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.

“Pada masa ini kita mesti mendapatkan sumber dana dan ia mestilah sumber yang sah dan diiktiraf oleh kerajaan.

“Jadi, kerajaan sekarang sedang meneliiti bagaimana pembiayaan dana politik itu tidak menjadi satu amalan rasuah kepada parti atau kerajaan. Ia satu proses yang rumit, tetapi kita akan mencari jalan penyelesaiannya,” kata Dr. Mahathir.

Ditanya sejauh mana keyakinan kerajaan terhadap pelaksanaan NACP, Dr. Mahathir berkata: “Pada masa ini, kita melihat laporan itu menyatakan bahawa rasuah tidak lagi berlaku sekerap dan sebanyak masa lepas. Kebanyakan yang dilaporkan adalah apa yang telah berlaku pada masa lepas, dan bukan yang berlaku sekarang. Apa yang jelas, orang tidak lagi mudah terjebak dengan rasuah berbanding dahulu.”

Menjawab pertanyaan lain mengenai kenapa Pakatan Harapan tidak memenangi pilhan raya kecil Parlimen Cameron Highlands Sabtu lepas walaupun telah memperlihatkan sikap antirasuah, Dr. Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata: “Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang telah menggunakan wang untuk membeli sokongan. Itu rasuah.”

Sementara itu, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata perbincangan bersama semua parti politik berkaitan perkara mengenai pengurusan dana politik kini memasuki fasa pusingan akhir.

Mengenai soalan berkaitan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC), beliau berkata suruhanjaya itu akan mempunyai kuasa mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang menyalahi undang-undang dan yang melakukan kesalahan.

“Kita juga telah berbincang dengan Peguam Negara dan pihaknya telah memberi kita masa untuk memberi maklum balas kepada perkara-perkara yang kita bangkitkan kepada beliau.

“Setelah mendapat jawapan mengenai perkara yang dibangkitkan, sekiranya positif, kita akan teruskan rancangan untuk dijadikan sebagai draf undang-undang untuk dibawa ke Parlimen melalui kabinet,” katanya.

Ditanya mengenai komen beliau berkenaan pelantikan jawatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan dari kalangan ahli politik, beliau berkata perkara itu tidak salah asalkan individu berkenaan mempunyai merit dan berkelayakan. – BERNAMA

Tags: dana politikNACPrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd