• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jersi Baharu Skuad Bola Sepak Pulau Pinang 2019/2020

oleh
23/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi menghadapi Liga Malaysia 2019.

Jersi baharu pasukan negeri itu dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan disaksikan Presiden FAP, Datuk Dr. Amar Pritpal Abdullah, Setiausaha Kerajan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus dan Timbalan Presiden FAP, Datuk Abdul Rashid Ismail.

Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

“Untuk musim ini, FAP telah mengeluarkan baju jersi baharu hasil daripada rekaan peminat tempatan melalui pertandingan yang diadakan baru-baru ini yang menggunakan (jersi) warna biru untuk ‘home’, (jersi) warna putih untuk ‘away’, manakala (jersi) hitam bagi alternatif jika berlakunya perlanggaran warna jersi dengan pasukan lawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baharu itu di sini Selasa malam.

Seramai 80 orang pemain bagi Piala Presiden, 90 orang pemain Liga Perdana dan 100 orang pemain bagi Piala Belia turut diperkenalkan di majlis itu selain pengumuman kerjasama di antara FAP dan syarikat pakaian sukan Stallion. – BERNAMA

Tags: bola sepakPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd