• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Biar DAP ‘Rogol’ Yadim, G3 Beritahu Mujahid

oleh
30/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAGASAN Tiga (G3) berpendapat, pelantikan wakil rakyat DAP sebagai ahli lembaga pemegang Amanah Yayayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai pengesahan PAN adalah ‘balaci’ sebenar DAP.

Sebagai bekas ahli seumur hidup DAP yang pernah bersekongkol dengan PAN dalam banyak program sebelum PRU14, saya sememangnya sedar dan tahu betapa Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berada di bawah telunjuk DAP.

Apabila saya terbaca berita menteri di JPM, Mujahid melantik wakil rakyat Melayu dari DAP sebagai ahli lembaga pengarah Yadim, saya langsung tidak terkejut, cuma berasa sedih kerana sekali lagi menteri Melayu beragama Islam sendiri yang membenarkan campurtangan bangsa DAP dalam institusi Islam.

Ia jelas suatu campurtangan bangsa DAP dalam institusi Islam kerana wakil rakyat Melayu dari DAP itu hanya ‘pasu bunga’ yang mana jiwanya dan tindak tanduknya adalah berlandaskan arahan pihak atasan bangsa DAP.

Saya yakin ‘pasu bunga’ DAP ini akan menerima arahan dari pemimpin atasan bangsa DAP untuk menjaga kepentingan bangsa itu dan bukannya sebagai komitmen untuk menjaga kepentingan Islam dan kaum Melayu.

Apa yang saya risau dan khuatir ialah pimpinan atasan bangsa DAP yang tidak ada roh Melayu, Islam dalam diri mereka akan mengabaikan dan menggugat kepentingan Islam dan kedudukan Melayu dalam Yadim.

Sebelum lebih banyak institusi Islam dirogol oleh bangsa DAP, seperti yang terjadi kepada Tabung Haji dan kini, Yadim, saya menggesa agar Mujahid menarik balik pelantikan ‘pasu bunga’ DAP ini dalam Yadim.

Gesaan ini bagi meredakan kegelisahan umat Islam dan Melayu di negara ini yang semakin keliru dan marah dengan tindakan bangsa DAP yang campur tangan dalam institusi yang melibatkan Islam dan Melayu.

Cukup-cukuplah menggunakan peruntukan khas menteri kewangan untuk menderma jutaan ringgit kepada kolej Cina tatkala negara kononnya mempunyai hutang yang cukup tinggi, kini Mujahid pula membiarkan bangsa DAP campur tangan dan uruskan institusi Islam seperti Yadim.

G3 merupakan gabungan lebih 53 pertubuhan NGO yang mengisytiharkan ‘perang’ ke atas bangsa DAP dan berpegang kepada prinsip Rukun Negara dalam perjuangannya selain mahu memartabatkan kedudukan agama Islam dan masyarakat Melayu.

Amran Ahmad Nor
Timbalan Pengerusi G3
Ahli seumur hidup DAP (dipecat)
0193222262

Tags: DAPGagasan 3Mujahid Yusof RawaYADIM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Produk Kosmetik Didapati Ada Racun

Next Post

Bas Perantara MRT Laksana Penuh Sistem Tanpa Tunai

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Bas Perantara MRT Laksana Penuh Sistem Tanpa Tunai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd