• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Dakwa Isteri Sukar Hamil Akibat Dibuat Orang

oleh
24/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan orang sehingga pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini.

Jamal, 60, percaya pelaku tersebut berkemungkinan ingin menghantar ilmu hitam kepadanya tetapi yang menerima tempiasnya adalah isteri sendiri.

“Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.

“Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena,” ujarnya ketika ditemui selepas sidang media Konsert 3 Suara di Dewan Berjaya, Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, di sini sebentar tadi.

Malah lebih teruk, pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu juga memberitahu isterinya turut mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun sudah mendapatkan rawatan bersama doktor pakar dan pengamal perubatan tradisional, namun tiada perubahan positif yang berlaku.

“Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hormon.

“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya yang tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam, Selangor kerana masalah tersebut.

Jamal dan Zai Izzati yang berusia 25 tahun bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.

Sebelum ini Jamal pernah mendirikan rumah tangga bersama tiga bekas isterinya iaitu Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, hasil perkahwinannya bersama Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12, daripada bekas isteri ketiganya, Fatimatuzahrah. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: jamal abdillah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

17/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Jamal Bakal Dapat Anak Lagi Pada Usia 60 Tahun

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Pada usia 60 tahun, penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan isterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd