• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Negara Bantah Permohonan Najib, Shafee

oleh
10/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mencabar pelantikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes yang dihadapi mereka.

Perkara itu dimaklumkan Muhammad Shafee bagi pihak Najib selepas prosiding dalam kamar Hakim Datuk Azizah Nawawi di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi yang turut dihadiri peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee.

Menurut Muhammad Shafee permohonan kebenaran itu difailkan beliau dan Najib secara berasingan namun sebahagian alasan yang dikemukakan sama dan kemungkinan besar akan didengar bersama di hadapan hakim itu.

Sementara itu, Muhammad Shafee menjelaskan antara sebab mereka mengemukakan alasan mencabar pelantikan Sri Ram mengetuai adalah Sri Ran dilantik menjadi pasukan pendakwaan ketika masih mempunyai sijil amalan sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

“Seseorang pendakwa raya tidak boleh dilantik ketika beliau masih bertindak sebagai peguam biasa. Ianya berbeza lantikan saya sebagai pendakwa raya ketika mengendalikan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu Harvinderjit Singh pula memaklumkan, secara ringkas, sekiranya Sri Ram meneruskan peranannya sebagai pihak pendakwaan ianya menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan berkata, pihaknya mengemukakan bantahan susulan pemohon-pemohon telah mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Januari ini untuk prosiding mendengar permohonan itu.

Dalam permohonan yang difailkan Najib dan Muhammad Shafee bulan lalu pemohon menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Gopal Sri Ram masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Antara tuntutan perintah mahkamah itu ialah menolak keputusan Peguam Negara untuk tidak mengemukakan surat pelantikan Sri Ram sebagai Ketua Timbalan Pendakwa Raya.

Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa surat lantikan itu ultra vires, tidak sah dan terbatal selain perintah untuk melarang responden ketiga daripada terus mengetuai pendakwaan dalam semua kes dihadapi termasuk rasuah, salah guna jawatan dan pengubahan wang haram. – K! ONLINE

Tags: Najib Tun RazakShafee Abdullah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bicara Kes Shahrir: Najib Tak Sedia Beri Keterangan Tanpa Shafee

Bicara Kes Shahrir: Najib Tak Sedia Beri Keterangan Tanpa Shafee

22/12/2022
1

Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dia tidak bersedia untuk memberikan keterangan pada perbicaraan...

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee

08/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Pendapat perundangan yang diberikan oleh seorang rakan kongsi sebuah firma guaman menyebabkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd