Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Tumpukan Bersatu, Ketepikan Soal...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana...

Lapangan Terbang Mini Akan...

BAGAN DATUK - Sebuah lapangan terbang mini akan dibina di Ladang Jendarata, Hutan...

Nelayan Selangor Dakwa Kena...

SHAH ALAM - Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR) mendakwa nelayan darat di negeri...

Mahkamah Batalkan Saman Ahli...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah difailkan seorang ahli...

Isu Kolej New Era: IKATAN Desak Penjelasan MOF

1. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mengemukakan penjelasan berhubung isu peruntukan khas kepada Kolej New Era. Berdasarkan laporan media, Kolej New Era telah menerima satu peruntukan khas sebanyak RM 2 juta daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan secara jelas bahawa peruntukan khas tersebut diberi secara terus oleh Kementerian Kewangan kepada Kolej dan tidak melalui Kementerian Pendidikan.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan tidak perlu membandingkan peruntukan khas ini dengan amalan Kerajaan Barisan Nasional yang pernah memberikan peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR). Kenyataan media sebegini jelas menunjukkan sikap kebudak-budakan yang terus menjustifikasikan apa jua perkara yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan amalan terdahulu yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Di manakan semangat Malaysia Baru yang dicanang pemimpin Pakatan Harapan? Sikap sebegini bakal menyebabkan rakyat mual dan muak sehingga menghukum mereka dalam pilihanraya akan datang.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa Kementerian Kewangan Malaysia untuk bersikap telus dan memberikan penjelasan secepat mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini bukan isu perkauman, tetapi isu “good governance” di mana rakyat mahukan kerajaan yang telus. Bagaimanakah Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat dek skandal 1MDB?

4. Kolej New Era merupakan sebuah kolej di bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad. Dong Jiao Zong merupakan suara kepada Pendidikan Cina di Malaysia dan menjadi penggerak utama kesatuan pendidikan aliran Bahasa Cina di Malaysia. Antara matlamat utama persatuan ini adalah untuk mempromosikan dan membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpandangan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat sekolah. Apabila diasingkan aliran-aliran sekolah, terutama sekolah persendirian Cina, yang tidak mengguna-pakai seratu-peratus kurikulum di bawah Kementerian Pendidikan, maka anak-anak Malaysia akan berpecah belah, sejak di bangku sekolah. Dasar sebegini tidak akan menguatkan perpaduan antara kaum.


Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori