• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bina Tembok ‘Apartheid’ Di Jalan Palestin

oleh
12/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZALIM… Sebuah lebuh raya baharu yang pisah laluan antara Palestin dan Israel dengan tembok, mengundang kritikan penduduk Tebing Barat sambil menyifatkan akses itu sebagai Apartheid.

Laluan dikenali sebagai Jalan 4370 itu terletak di timur laut Baitulmaqdis melibatkan jarak panjang lima kilometer dengan mempunyai laluan dua hala yang dibahagikan menerusi barisan tembok tebal dan pagar tinggi.

Jurucakap pertubuhan Ir Amim dari Israel yang menentang penempatan haram Yahudi, Aviv Tatarsky berkata, lebuh raya itu ada motif jangka panjang dalam menyediakan laluan alternatif kepada penduduk Israel.

“Mereka boleh akses kluar masuk Baitulmaqdis secara langsung kerana banyak peneroka haram bekerja dekat Baitulmaqdis tetapi penduduk Palestin dari kawasan utara dan selatan Tebing Barat pula perlu ubah laluan.

“Jalan ini sekali gus membuatkan mereka (warga Palestin) terasing dari bandar suci tersebut. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kawasan perkampungan Palestin akan jadi lebih mundur,” jelas Tatarsky.

Penduduk Palestin dan Israel kerap berkongsi jalan raya di wilayah Tebing Barat walaupun sebenarnya ada sebahagian laluan memang dikhaskan untuk penduduk Israel sahaja konon dibuat atas faktor keselamatan.

Tatarsky menambah, Maale Adumim, sebuah penempatan Palestin dengan lebih 40,000 penduduk di timur Baitulmaqdis boleh menjadi kawasan pinggir bandar seperti tempat lain di Tebing Barat.

Pengarah pentadbiran di maj­lis tempatan Al-Zaim, Mohammed Abu Zaid berkata, beliau bimbang jarak perjalanan dari kampung itu ke bandar akan bertambah sehingga lapan kilometer jika projek tersebut siap.

Jurucakap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menyifatkan Jalan 4370 seumpama Apartheid dengan merujuk era diskriminasi di Afrika Selatan suatu ketika dahulu dan bimbang ia akan jadi perintis kepada lebuh raya lain.

Sementara itu, Menteri Ke­selamatan Awam Israel, Gilad Erdan berkata, pembinaan lebuh raya baharu tersebut merupakan contoh dalam mewujudkan perkongsian kehidupan bersama antara rakyat Israel dan Palestin.

Ia didakwa kononnya memang perlu meskipun rejiim Zionis itu berdepan cabaran dalam soal keselamatan. Laluan berkenaan mula dibuka kepada semua kenderaan mulai Khamis lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: IsraelPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd