Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

21 Rumah Rosak Akibat...

KUANTAN – Jumlah rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Jenderak Utara, Kuala...

Jika Ditambah RM196 Bilion,...

KUALA LUMPUR – Hutang negara didakwa meningkat lagi minggu ini kepada RM804 bilion,...

Peguam Razak Baginda Tuntut...

PETALING JAYA - Peguam mewakili bekas pembantu Najib Razak, Abdul Razak Baginda, menggesa...

“Saya Memang Bodoh,” Pelancong...

SALAH seorang warga asing yang bertindak membuka baju di puncak Gunung Kinabalu, Eleanor...

iPhone Bakal Guna Kabel Pengecas Seperti Android

PASTI ada dalam kalangan anda yang pernah berhadapan dengan situasi tertinggal kabel pengecas telefon bimbit.

Lebih teruk, anda yang memiliki iPhone tidak boleh meminjam kabel pengecas daripada pengguna telefon Android disebabkan jenisnya yang tidak sama.

Namun, satu laporan terbaharu mengatakan pengeluar iPhone iaitu Apple bakal membuat perubahan besar mengenai produk kabel pengecas mereka.

Syarikat itu dikhabarkan akan menggunakan kabel USB-C, kabel yang sama seperti pengguna Android, tidak lama lagi.

Jika perubahan itu benar-benar berlaku, ia sekaligus bakal mengubah jenis kabel pengecas buat pengguna iPhone akan datang.

USB-C merupakan kabel pengecas atau input USB yang banyak digunakan untuk telefon Android dan komputer riba.


Antara telefon pintar yang turut menggunakan USB-C ialah Samsung Galaxy S9, Google Pixel 3, Razer Phone 2 dan OnePlus 6.

iPAd Pro terbaharu keluaran Apple juga sudah menggunakan kabel pengecasan jenis ini.

USB-C dilancarkan pada 2014 dan menjadi pengecas utama untuk banyak jenis gajet. – Daily Mail

Kategori