• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Perikanan Kekurangan Golongan Muda

oleh
28/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Industri perikanan negara kini menghadapi cabaran kekurangan golongan muda dalam industri tersebut sehingga menyebabkan pemilik bot lebih gemar menggajikan awak-awak warga asing bagi membantu mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata justeru kementeriannya sedang merencana pelbagai pendekatan dalam usaha memodenkan industri perikanan bagi menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam industri berkenaan.

“Cabaran masa kini adalah awak-awak kita kebanyakannya warga asing dan ini merupakan masalah besar yang sering kita hadapi, justeru kementerian akan melihat perkara ini secara serius supaya anak-anak muda boleh ceburi bidang perikanan ini.

“Antara perkara yang dirancang adalah memodenkan industri perikanan, supaya dapat menjamin golongan muda untuk menjadi nelayan moden. Itu harapan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama nelayan Parlimen Ledang di Pengkalan Nelayan Kesang, di sini malam Ahad.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom Dr Faizul Amri Adnan, ADUN Pemanis Dr Chong Fat Full dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKIM Untong Keri.

Sementara itu, Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata golongan nelayan disaran melakukan kerja alternatif seperti melibatkan diri dalam bidang akuakultur sebagai sumber pendapatan tambahan agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kita akan melihat secara spesifik pada nelayan yang berminat untuk menceburi bidang ini kerana ianya mempunyai potensi yang sangat besar dan pasarannya bukan sekadar tempatan bahkan menembusi pasaran luar negara.

“Kementerian akan membantu mereka termasuk dari segi kepakaran, latihan dan bantuan modal yang bakal dibincangkan bersama pihak Agro Bank untuk mereka memulakan bidang baharu ini,” kata Salahuddin yang juga ADUN Simpang Jeram.

Terdahulu, dalam sesi dialog bersama nelayan Parlimen Ledang, antara isu yang di ketengahkan para nelayan adalah isu persempadanan negeri antara Johor dan Melaka dan mendakwa Jabatan Perikanan Melaka sering menahan mereka daripada meneruskan aktiviti mencari hasil di laut.

“Saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengenai hal ini dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Namun saya mengingatkan para nelayan agar cermat ketika melakukan aktiviti di laut.

“Kalau nelayan pun kerap sangat memasuki kawasan sempadan yang dilarang, itu juga merupakan masalah. Jadi kita akan menyelesaikan masalah ini secara situasi menang-menang,” katanya.

Berdasarkan rekod LKIM, setakat ini kira-kira 125,000 nelayan berdaftar dengan LKIM di seluruh negara merangkumi tiga kategori iaitu tangkapan ikan, hiliran dan perusahaan. – BERNAMA

Tags: golongan mudaNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd