• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Terkejut CCTV Rakam Kelibat Hantu Anak Lelaki

oleh
16/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu percaya bahawa kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat hantu anak lelakinya di ruang dapur selepas satu entiti dikesan oleh alat pengesan kamera tersebut.

Ibu kepada dua anak, Jennifer Hodge sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya, Lauren, 21 ketika dia menerima notifikasi yang dihantar pada telefon bimbitnya pada minggu lalu.

Apabila mereka membuka gambar tersebut, mereka ternampak figura seorang lelaki yang berjambang dan kelihatan seperti ahli keluarga mereka, Robbie.

Robbie meninggal dunia dua tahun lalu akibat penyalahgunaan dadah.

Pada mulanya, ejen hartanah berusia 57 tahun itu terkejut dengan apa yang dilihatnya, namun berasa tenang kerana mempercayai ia adalah petanda anak lelakinya berada dalam keadaan tenteram.

Jennifer dari Georgia, Amerika Syarikat berkata: “Memang gila. Saya rasa seperti tidak percaya.

“Saya terbaring di katil untuk menonton TV dengan anak perempuan saya dan baru hendak melelapkan mata.

“Telefon berada antara kami berdua dan saya dapat notifikasi yang memberitahu ada orang di dapur.

Robbie meninggal dunia pada usia 23 tahun akibat terlebih dos dadah. – Foto Kennedy News & Media

“Dia (Lauren) berkata ‘Ibu, ada orang di dapur… Ibu, itu Robbie!’

“Dan memang ia nampak seperti Robbie, berjambang.”

Mereka berdua berlari ke dapur dan melihat tiada kesan orang pecah masuk ke rumah tersebut.

Jennifer berkata: “Sekarang, saya rasa dia nak sampaikan yang dia bahagia di syurga.

“Ia membuatkan saya tenang, tapi saya masih rasa ia sesuatu yang pelik.

“Kamera kami boleh mengesan pergerakan dan bunyi bising, tapi tiada penceroboh ketika kami berlari ke dapur.

“Saya dan Robbie pernah membuat kebajikan sebelum dia meninggal dunia. Kami mengubah perniagaan hartanah kepada aktiviti menyelamatkan nyawa dan menghentikan ketagihannya terhadap dadah.” – Mirror UK

Tags: CCTVHantu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

iPhone Bakal Guna Kabel Pengecas Seperti Android

Next Post

Bella Dally Umum Bertunang Selepas 8 Bulan Bercerai

Related Posts

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Bella Dally Umum Bertunang Selepas 8 Bulan Bercerai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd