Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dira Pun Perli Fathia,...

SINDIR... Nama aktres Fathia Latiff memang terkenal segala macam isu kontroversi akhir-akhir ini...

Bomba KL Siap Sedia...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 330 anggota bomba melibatkan 17 balai dari Jabatan Bomba...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari...

Perangkap Untuk Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Pembangkang yang kelihatan sangat terdesak selepas segala usaha untuk melumpuhkan...

Harga Petrol: Jangan Tangguh Terlalu Lama

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap kerajaan tidak mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan semula sistem penetapan harga petrol secara mingguan, yang dijangka membolehkan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih murah.

 

Katanya, rakyat sudah tujuh minggu membayar ‘subsidi’ kepada kerajaan, iaitu merujuk kepada harga runcit petrol tempatan yang lebih tinggi ditetapkan kepada pengguna berbanding jika harga petrol diapungkan.

 

“Jangan tangguh lama-lama. Rakyat sedang membayar harga petrol yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Sudah tujuh minggu rakyat membayar ‘subsidi’ kepada kerajaan,” katanya menerusi status dalam laman Twitter beliau.

 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari selain harga petrol RON97 dan diesel masing-masing dikekalkan pada harga RM2.50 seliter dan RM2.18 seliter.


 

Guan Eng berkata, harga produk-produk petroleum itu adalah dikekalkan buat masa beberapa hari dengan penetapan harga terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun 2019.

 

Harga yang dikekalkan itu dilihat tidak menepati komitmen sebelum ini untuk menetapkan harga jualan secara mingguan bermula 1 Januari yang diramal menyaksikan penurunan harga petrol.

 

Ramai pihak sebelum ini menjangkakan harga petrol khususnya RON95 akan menurun kepada RM1.90 seliter susulan harga minyak dunia yang menjunam daripada AS$77 setong pada 10 Mei lalu kepada AS$54 setong ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori