• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar Lelaki Terjun Jambatan Kedua P.Pinang

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.

“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.

“Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.

“Kami tiba lebih kurang 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.

Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.

Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.

Mangsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang. – Astro Awani

Tags: Jambatan Pulau Pinangterjun jambatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

40 Penyelam Terlibat Bawa Keluar SUV Terhumban

Next Post

Israel Guna Peluru Getah, Bom Kawal Rakyat Palestin

Related Posts

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

06/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di...

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Kes Pasangan Jatuh Jambatan Pulau Pinang Disiasat Sebagai Cubaan Bunuh

16/01/2024
0

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam sebagai cubaan bunuh. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Israel Guna Peluru Getah, Bom Kawal Rakyat Palestin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd