• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Panas Dipercayai Emma Tular Lagi?

oleh
29/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum reda kisah gambar mesra pelakon, Emma Maembong bersama abang kepada seorang menteri, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tidak bertudung tular, timbul pula gambar baharu membabitkan pasangan itu.

Terbaharu, Instagram milik @memes_puaka telah berkongsi dua keping gambar wanita mirip Emma berpakaian seksi dirangkul erat seorang lelaki dan sekeping lagi gambar jelas menampakkan Syed Abdullah berada dalam pelukan Emma.

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik dalam Insta Story akaun berkenaan tidak dinyatakan lokasi dan tarikh gambar dirakamkan.

Terdahulu Kosmo! Online mendedahkan dua keping gambar dipercayai Emma dalam keadaan tidak bertudung dan sekeping lagi gambar seorang wanita sedang duduk di celah kangkang Syed Abdullah di dalam sebuah bilik.

Susulan laporan itu, Emma tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya kerana tidak bertudung, namun menafikan wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah adalah dirinya.

Dalam kenyataan berasingan memetik laporan sebuah portal, Syed Abdullah membuat pengakuan gambar berdua-duaan berkenaan dirakamkan empat tahun lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan baik dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kerap berkongsi gambar bersama Emma di laman Instagram peribadinya berserta kapsyen ‘rakan baik’. – K! ONLINE

Tags: Emma MaembongSyed Abdullah
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Abang Syed Saddiq Sertai UMNO

09/03/2020
0

SYED Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengejutkan ramai pihak apabila...

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd