• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Negara Cecah Hampir RM1 Trilion Tahun Lalu

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai eksport Malaysia berkembang kukuh tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan 6.7 peratus kepada RM998.01 bilion daripada RM934.92 bilion pada 2017.

Meskipun berdepan persekitaran global tidak menentu, nilai eksport negara melepasi prospek pertumbuhan 4.4 peratus seperti yang dibuat dalam Unjuran Ekonomi 2019.

Data Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menunjukkan nilai dagangan keseluruhan negara tahun lalu berkembang 5.9 peratus kepada RM1.876 trilion berbanding RM1.771 trilion tahun 2017.

Ia menyaksikan lebihan dagangan melebar sebanyak 22.1 peratus kepada RM120.27 bilion, iaitu pertumbuhan pada kadar terpantas dalam tempoh 10 tahun dan terbesar sejak 2012.

Lebihan dagangan negara juga terus meningkat untuk 21 tahun berturut-turut sejak 1998.

Pencapaian positif dalam lebihan dagangan negara disumbangkan oleh dagangan lebih tinggi dengan Hong Kong berkembang 45.2 peratus atau RM27.91 bilion; China meningkat 8.1 peratus atau RM23.4 bilion; ASEAN (naik 4.7 peratus atau RM22.91 bilion); Taiwan (naik 22.1 peratus atau RM17.37 bilion); Kesatuan Eropah (naik 4.8 peratus atau RM8.45 bilion); dan Arab Saudi (naik 45.2 peratus atau RM6.75 bilion).

Sementara itu, pencapaian kukuh eksport negara dipacu oleh sektor pembuatan dan perlombongan yang masing-masing berkembang 9.1 peratus dan 7.1 peratus, mengimbangi prestasi lebih rendah dalam produk pertanian.

Selain itu, pertumbuhan berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dipacu penggunaan teknologi termaju dalam semikonduktor menyokong nilai eksport negara.

Berdasarkan pencapaian yang diraih negara, purata nilai eksport bulanan berada pada RM83 bilion.

Meskipun nilai eksport negara melonjak, nilai import Malaysia juga berkembang tahun lalu kepada RM877.74 bilion, apabila meningkat 4.9 peratus daripada RM836.42 bilion tahun 2017. – BH Online

Tags: Eksport Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Catat Lebihan Akaun Semasa Tertinggi RM62.1 Bilion

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak RM62.1 bilion pada 2020, yang tertinggi dalam tempoh sembilan tahun selepas dipacu...

Kejatuhan Eksport Negara Bukan Petanda Baik

04/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kejatuhan eksport negara sebanyak 5.5% bagi bulan November 2019 bukan satu petanda baik untuk prestasi suku terakhir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd