• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL: Mahathir Kata Keputusan Akhir Belum Dibuat

oleh
30/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dibuat.

“Buat masa ini keputusan akhir belum dibuat, sesetengah perkara sudah diputuskan namun kita perlu cari penyelesaian yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ditanya bagi mengesahkan projek itu belum dibatalkan, beliau berkata: “Kita masih berunding.”

Dr. Mahathir berkata kerajaan berpandangan lebih banyak masa perlu diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk mengusahakan penyelesaian berhubung masalah membabitkan projek bernilai RM81 bilion itu.

“Saya tidak boleh memberikan penjelasan tentang apa yang akan kami lakukan, namun setakat ini tiada keputusan yang dibuat,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneliti opsyen lain berbanding membatalkan projek itu, perdana menteri berkata: “Mungkin ada opsyen lain, kita terbuka.”

Kepada satu lagi soalan, Dr. Mahathir berkata kerajaan mengkaji kos projek ECRL secara berterusan.
“Nampaknya ada tawaran oleh pihak lain yang kosnya lebih rendah. Saya rasa kerajaan terdahulu membuat anggaran (kos) yang sangat tinggi, kita perlu tangani perkara itu,” katanya.

Mengenai sama ada apa yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai percanggahan maklumat berhubung projek itu akan menimbulkan kebimbangan pelabur, Dr. Mahathir berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kenyataan menteri-menteri berkenaan ditafsir secara berbeza.

Perdana menteri berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membuat pengumuman mengenai perkara itu apabila rundingan selesai. – BERNAMA

Tags: ECRLMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd