• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dah Gilis Lari Pula

oleh
08/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAS VEGAS – Polis memburu seorang wanita yang mengheret seorang pemilik salun kecantikan sejauh beberapa meter dengan keretanya hingga mati ketika cuba melarikan diri daripada membayar kos rawatan kuku.

Pemburuan Krystal Whipple, 21, masuk hari kesembilan kelmarin, malah ibu serta nenek suspek turut merayu wanita itu menyerah diri.

Polis memberitahu, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika Krystal mendapatkan rawatan kuku di sebuah salun kecantikan di bandar ini.

Selepas selesai membuat rawatan berkenaan Krystal membuat bayaran berjumlah AS$35 (RM144), tetapi kad kreditnya tidak diterima dan wanita itu memberitahu pekerja salun dia mahu mengambil wang di dalam kereta.

Bagaimanapun, pekerja salun mendapati Krystal cuba melarikan diri menyebabkan mereka cuba menghalang wanita berkenaan.

Menyedari keadaan itu, pemilik salun, Nhu Ngoc Quynh Nguye dan suaminya, Sonny Chung terus berlari keluar untuk menghalang Krystal.

Satu rakaman kamera keselamatan yang disiarkan polis menunjukkan Nhu Ngoc, 53, melompat di hadapan kereta jenis Camaro dipandu Krystal yang kemudian disahkan sebagai kenderaan curi.

Malangnya, Nhu Ngoc terjatuh ke bawah kereta dan diseret sejauh 15 meter sebelum dibiarkan mati oleh suspek.

Selain suami, Nhu Ngoc turut meninggalkan tiga anak.

“Saya meminta maaf kerana kamu kehilangan ibu dan saya tidak boleh bayangkan perasaan kamu. Saya berharap kamu dapat maafkan anak dan keluarga saya,” kata ibu Krystal, Sharon yang ditujukan kepada keluarga Nhu Ngoc.

Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen KTNV News itu, Sharon turut merayu supaya anaknya menyerah diri kepada polis.

“Kamu tidak boleh melarikan diri sayang, kamu tak boleh. Kamu perlu menyerah diri. Kita akan cari peguam dan selesaikan masalah ini,” rayu Sharon. – Agensi

Tags: langgar lariWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Calon AMK Shah Alam Maut Ditetak

Next Post

Fosil Rusa Prasejarah Ditemui Di Argentina

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Next Post

Fosil Rusa Prasejarah Ditemui Di Argentina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd