• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Dedah Rahsia ‘Kem’ Uighur Di Xinjiang

oleh
15/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEDAH… Laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dakwa kerajaan China tahan lebih sejuta penduduk etnik Uighur yang majoritinya Muslim di beberapa kem tahanan rahsia.

Namun China mendakwa kem-kem tersebut bukan tempat tahanan, sebaliknya pusat latihan vokasional dalam usaha tingkatkan kemahiran serta kefahaman etnik itu menerusi pelbagai sektor termasuk perindustrian.

Ironi, banyak pihak di luar negara yang masih ragui keikhlasan pemerintah China dan anggapnya sebagai satu daripada cara untuk kawal pergerakan, hak serta amalan keagamaan etnik minoriti beragama Islam tersebut.

Ikuti pendedahan oleh wartawan agensi berita rasmi Indonesia, Antara dan empat agensi berita antarabangsa yang baru-baru ini diberi peluang lawat sebuah kem masyarakat Uighur di bandar Kashgar, wilayah Xinjiang.

1. Uniform: Kesemua penghuni ketika beradal dalam kem latihan tersebut sama ada lelaki dan perempuan perlu mengenakan pakaian seragam yang berwarna hitam dengan belang merah pada bahagian tangan.

2. Belajar bahasa 
Mandarin: Mereka tidak boleh bertutur bahasa ibunda. Semua pelatih diwajibkan belajar serta menulis dalam bahasa Cina. Penghumi tidak boleh tamatkan pengajian jika gagal dalam dua subjek tersebut.

3. Ekspresi dan aktiviti: Riak wajah kebanyakan pelatih seperti tiada apa yang berlaku dan mereka menjalani rutin harian di kem tersebut untuk memperbaiki kehidupan masing-masing menerusi kemudahan yang disediakan.

Tiada sebarang kegiatan atau kesan berlakunya keganasan dalam kem tersebut. Malahan kebanyakan pelatih bebas untuk bergerak dan melakukan segala aktiviti mereka termasuk bermain bola, menyanyi serta menari.

4. Ciri-ciri bangunan: Tidak kelihatan se­perti tempat untuk pelajar jalani latihan kerja atau praktikal, sebaliknya dilihat sama seperti kem tahanan kerana dilengkapi dengan pagar, kawat duri dan kamera litar tertutup.

Kedudukan kem dilawati semua agensi berita tersebut juga jauh daripada kawasan perumahan, selain dibina atas tanah seluas 16 hektar pada pertengahan 2017 dan mampu memuatkan kira-kira 3,000 penghuni.

5. Makanan: Semua menu makanan yang dihidangkan dalam kem adalah halal untuk masyarakat Islam dan terdiri daripada sajian ayam, daging kambing serta ikan pada setiap hari termasuk nasi putih serta sa­yuran.

6. Asrama: Dilengkapi dengan bilik berasingan bagi pelatih lelaki dan wanita serta ada sistem pengudaraan yang boleh ditetapkan untuk suhu sejuk mahupun panas. Semua pelatih dibenarkan pulang ke rumah setiap hari Sabtu.

7. Percuma: Semua pelatih di kem tersebut tidak perlu bayar apa-apa pun kepada pihak berkuasa untuk menikmati segala kemudahan dan latihan diberi yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan China.

8. Tiada kemudahan beribadat: Tidak dilengkapi dengan kemudahan beribadat seperti bilik solat dan keadaan ini secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan bahawa China cuba kawal amalan keagamaan etnik Uighur.

9. Rancangan China: Bangun banyak pusat vokasional di seluruh Xinjiang. Setakat ini, ada 19 kem di selatan wilayah itu dengan paling kecil mampu muat 300 hingga 700 pelatih manakala kapasiti besar boleh isi ribuan pelatih.

• Reaksi pelatih:

Seorang pelatih yang mahu dirinya hanya dikenali sebagai Adilla memberitahu agensi berita asing itu bahawa kem tersebut berjaya memberinya peluang mengetengahkan bakat dalam bidang masakan dan kulinari.

“Sebelum saya masuk ke sini, kemam­puan saya tidak dapat dinilai dan seolah-olah akan lenyap begitu sahaja. Kem ini telah membantu saya mengenali diri serta kelebihan yang ada,” katanya.

Seorang lagi pelatih, Mirkamiljan memaklumkan dia jalani latihan vokasional dalam bidang elektronik, namun tidak dapat menamatkan pengajian kerana gagal dalam bahasa Cina dan perlu lulus untuk meninggalkan kem berkenaan.

• Reaksi Gabenor Xinjiang:

Shohrat Zakir percaya bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan China dengan membangunkan kem-kem tersebut boleh menangkis kegiatan keganasan di wilayah berkenaan, selain meningkatkan sumber pendapatan penduduk.

Setakat ini, etnik Uighur hanya mampu menjana pendapatan kira-kira 300 yuan (RM181) hingga 600 yuan (RM362) sebulan, menjadikan Xinjiang jauh ketinggalan berban­ding wilayah-wilayah lain di China.

Beliau juga mengalu-alukan kedatangan pelbagai komuniti di seluruh dunia ke kem-kem vokasional yang dibangunkan oleh kerajaan China bagi melihat sendiri situasi sebenar mereka. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: UighurXinjiang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Terperangkap Dalam Runtuhan Lombong Emas Xinjiang

18 Terperangkap Dalam Runtuhan Lombong Emas Xinjiang

25/12/2022
1

BEIJING: Pasukan penyelamat berusaha mencari 18 orang yang terperangkap di bawah runtuhan selepas satu gua di lombong emas di wilayah...

Penduduk Uighur Turki Fail Aduan Jenayah Terhadap China

05/01/2022
0

ANKARA: Seramai 19 individu dari sebuah kumpulan etnik Uighur Islam di Turki memfailkan aduan jenayah terhadap pihak berkuasa China atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd